‘Biadab! Kau songlap duit ‘sales’ bini aku’

KECEWA dan tidak puas hati, pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa kesal terhadap pekerjanya yang dikatakan telah melakukan kegiatan pecah amanah.

Kata Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 48, sejumlah wang dipercayai hasil jualan perniagaan yang diusahakan oleh isterinya Datin Diyana Halik telah diambil oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Bini aku bagi kau rezeki untuk bagi anak dan laki (suami) kau makan. Tapi kau choose to (pilih) balas bini aku dengan mencuri duit sales (jualan) selama ini.

Rupanya kau telan duit halal dia dalam mulut kau secara haram. Aku saksi dia ke hulu ke hilir, penat sampai sakit.

“Kau seorang yang keji, hipokrik, biadab, pendusta dan manusia yang tidak bersyukur,” katanya dalam Instagram.

Dalam pada itu, Aaron turut mendedahkan wang yang dicuri membabitkan jumlah yang besar.

Aku tidak akan pernah lupa muka kau. Berpuluh ribu kau songlap.

“Isteri aku kongsi rezeki kau macam ini,” katanya.

TANGKAP layar luahan kecewa Aaron terhadap sikap tidak amanah pekerja isterinya.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengikut media sosial menasihati pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu agar membuat laporan polis.

Selain warga maya, rakan artis Azza Elite turut menasihatinya supaya mengambil tindakan undang-undang.

“Buat laporan polis. Saya memang tidak boleh terima orang seperti ini,” kata Azza.

Kadangkala kebaikan selalu disalah erti oleh orang yang suka ambil kesempatan.

“Jalan terbaik adalah rujuk kepada tindakan undang-undang, Apabila kita berlembut, semakin banyak kesempatan yang mereka ambil,” antara komen netizen.

Bagaimanapun, Aaron tidak menjelaskan secara terperinci tentang tarikh kejadian itu berlaku termasuk identiti pelaku. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok