GARA-GARA mengenakan gaun tanpa lengan dan menampakkan lurah dada, peminat mempertikai hasrat murni pelakon Ruhainies yang ingin menyempurnakan selawat 1,000 kali sehari selama 40 hari.
Bukan itu sahaja, peminat turut menasihati agar Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, agar tampil dengan gaya lebih sopan dan tidak mencolok mata.
“Sudahlah terkait dengan pelbagai cerita panas, pakaian sebegini sengaja hendak memanaskan.
“Ini ke yang selawat 1,000 kali sehari itu? Lain macam betul.
“Harap niat selawat 1,000 kali itu akan membawa ke pemakaian yang lebih sopan pula nanti,” antara komen netizen.
Dalam pada itu, warga maya turut menyamakan tindakan menyunting dan mengaburi bahagian dada pelakon itu dengan insiden wajahnya dikaburi dalam iklan produk kecantikan.
“Aku kalau tengok benda kabur dekat dia ni, mesti teringat iklan masa bulan puasa dulu.
“Apa kabur dekat dada, patut kabur dekat muka, baru kena,” komen netizen.
Kejadian tersebut berlaku dalam sebuah video wawancara pelakon drama Terjerat itu ketika menghadiri acara Anugerah Fesyen Kuala Lumpur 2024 (KLFA2024) pada minggu lalu.
Sebelum ini Ruhainies yang berkongsikan gambar menyarung tasbih digital berwarna hitam di jari mengajak pengikut media sosialnya untuk berselawat 1,000 kali sehari.
Perkongsian itu kemudian mendapat reaksi positif daripada peminat yang menyokong usahanya ke arah kebaikan. – HIBGLAM