Baca kecaman pembenci, emosi Rose remuk

SUSULAN lagu terbaharunya, APT dikeji, anggota kumpulan Blackpink, Rose mengakui terluka selepas membaca semua komen pembencinya. 

Paling meninggalkan kesan, lagu duet  idola berusia 27 tahun itu bersama penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Bruno Mars dilabel karya tidak berfaedah sekali gus memberi kesan negatif kepada pendengar khususnya golongan kanak-kanak.

“Saya sedar saya terlalu obses dengan dunia maya.

“Saya ingin disayangi dan difahami, saya benci dengan apa yang berlaku ke atas diri saya,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Berselindung di sebalik kesedihan, pelantun lagu Gone itu berkata dia perlu berpura-pura menjadi seorang yang kuat di hadapan peminat agar kelihatan normal.

“Walaupun orang lain nampak saya seperti tiada masalah itu tidak benar, setiap perkataan dan komen itu menghancurkan perasaan saya,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok