5 idola ubah standard cantik Korea 

STANDARD kecantikan bintang Korea Selatan yang serba sempurna telah mempengaruhi ribuan wanita dan lelaki di seluruh dunia untuk mengubah wajah mahupun bentuk badan mereka.

Bagi mencapai standard piawaian kecantikan, ada yang sanggup berhabis mengeluarkan belanja besar bagi menjalani pembedahan plastik kerana ingin tampak lebih cantik.

Bagaimanapun, dunia sudah berubah apabila generasi kini tidak hanya menetapkan bahawa wanita hanya disahkan cantik sekiranya mereka putih, kurus dan tinggi.

Kali ini, Daebak menyenaraikan beberapa selebriti yang tidak mematuhi piawaian kecantikan lama dan kelihatan lebih menarik hanya bermodalkan ciri-ciri unik mereka.

Jennie

Jarang dapat lihat idola K-pop memiliki tubuh yang langsing tetapi berwajah tembam.

Namun, ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie memecahkan standard kecantikan Korea dengan memiliki bentuk muka bulat dan pipi gebu.

Malah, wajahnya membuatkan pemilik nama lengkap Kim Jennie itu nampak lebih muda daripada usianya.

Doyeon

PENYANYI Doyeon merupakan antara idola K-pop yang tidak mengubah keadaan hidungnya mengikut ‘kewajiban’ kecantikan Korea.
Anggota kumpulan WJMK itu tetap menyerlah dengan hidungnya yang agak lebar sehingga mempamerkan aura menggoda.
Ramai orang memilih untuk membuat pembedahan pada hidung tetapi bukan Doyeon yang berbangga memiliki saiz hidung sedemikian.

Felix

SELAIN putih dan mempunyai wajah tirus, Korea juga sangat mementingkan kulit tanpa sebarang cacat cela.

Bagaimanapun, penyanyi Felix tampil memecahkan standard tersebut kerana memiliki ‘freckles’ atau jeragat yang selalunya dapat dilihat pada wajah orang Eropah.

Pemilik nama lengkap Lee Yong-bok itu memiliki ‘freckles’ disebabkan berdarah campuran Korea dan Australia.

Joy

SELAIN muka, Korea juga sangat mementingkan idola K-Pop mempunyai kaki yang panjang dan kurus.

Standard kecantikan tersebut akhirnya diubah apabila penyanyi Joy daripada kumpulan Red Velvet memiliki paha yang besar.

Meskipun memiliki saiz paha unik, dia menunjukkan penampilan yang dinamik, moden dan lebih sihat kepada peminatnya.

Hwasa

“JIKA saya tidak sesuai dalam standard kecantikan Korea, saya akan jadi seseorang yang membawa standard baharu dan berbeza.”

Itulah kata-kata penyanyi Hwasa semasa membuat persembahan di konsertnya suatu ketika dahulu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan kerana penyanyi kumpulan Mamamoo itu sering kali dipandang pelik kerana berkulit sawo matan sedangkan, piawaian kecantikan bagi kebanyakan masyarakat Korea sememangnya memberikan tumpuan kepada individu berkulit putih. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok