Zerobaseone jadi taruhan anime Jepun Pokémon

BAKAL melancarkan single digital Jepun berjudul Only One Story, awal-awal lagi tuah sudah berpihak kepada kumpuan Zerobaseone apabila lagu tersebut dipilih sebagai lagu tema pembukaan siri baharu anime Jepun popular Pokémon.

Berkongsi keterujaan, Zerobaseone tidak sabar mahu melancarkan lagu berkenaan buat pendengar, lebih-lebih lagi kepada peminat Pokémon.

Kami benar-benar gembira dapat menyanyikan lagu tema pembukaan untuk salah satu anime kegemaran kanak-kanak iaitu Pokémon.

“Melodi dalam nyanyian Only One Story sangat menarik dan kami berharap semua orang dapat memberi perhatian kepada lirik lagu ini,” kata mereka.

Only One Story merupakan sebuah lagu bermelodi ceria dan cathy yang boleh mencetuskan inspirasi buat sesiapa yang mahu memulakan pengembaraan, diserap dengan daya tarikan unik setiap anggota kumpulan Zerobaseone yang digilai ramai. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok