Vida jadi rapper, Eminem tak boleh cari makan!

DATUK Seri Vida sekali lagi mengundang tawa ramai apabila berlagak persis seorang ‘rapper’!

Gelagat lucu itu dirakam dan dimuat naik anak perempuannya iaitu Cik B dalam TikTok sehingga meraih lebih lima juta tontonan.

Menerusi video tersebut, Vida yang disapa Cik B bertutur dengan gaya dan lengkap berpakaian seperti ‘rapper’.

“Mama nak jadi ‘rapper’,” kata Cik B.

Video yang dirakam di Sepanyol itu turut meraih ribuan respons daripada netizen yang menyifatkan Vida seorang ibu berjiwa lucu dan menghiburkan.

“Habislah Eminem tak boleh cari makan lagi. Lawak betul Vida.

“Boleh kolaborasi dengan Nicki Minaj.

“Nasib baik Cik B sahaja yang menetap di Sepanyol, kalau Vida, habis rosak,” seloroh netizen.

Difahamkan, Cik B kini menetap di Sepanyol bagi melanjutkan pelajaran di sana.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok