V paling tampan di dunia

ANGGOTA kumpulan BTS, V sekali lagi mendapat gelaran ‘lelaki paling tampan di dunia 2024’ apabila dipilih sebagai ikon visual mewakili selebriti K-pop yang diumumkan British Nubia Magazine.

V atau nama lengkapnya Kim Tae-hyung mengatasi bintang global seperti Rege-Jean Page, Justin Bieber dan Robert Pattison, sekali gus duduk di takhta lelaki paling kacak dunia.

Melalui tinjauan global, pelantun lagu Butter itu menerima lebih tujuh juta undian daripada peminat di 163 negara.

Calon-calon lelaki paling kacak dipilih bukan sahaja berdasarkan penampilan tetapi karisma serta tarikan dimiliki. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok