122
ENGGAN berselindung lagi, penyanyi Gil Gun mendedahkan bahawa dia nyaris dijadikan pelacur kelas atasan bagi memuaskan nafsu golongan elit di Korea Selatan.
Hal tersebut terjadi gara-gara pihak pengurusannya bertindak sebagai dalang yang dipercayai menjadi orang tengah memperkenalkannya kepada golongan kenamaan.
Berkongsi lanjut, Gil Gun mengakui tidak berhenti menangis apabila diminta melakukan perbuatan keji dan tidak bermoral itu.
Disebabkan itu, dia kini trauma sehingga kerap bertukar syarikat pengurusan disebabkan takut diperangkap lagi. – HIBGLAM