[VIDEO] ‘Terima kasih atas sokongan, tanpa peminat siapalah saya’

DILABEL sebagai duda terhangat Malaysia,  pelakon sensasi Fattah Amin hanya mampu menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyokong setianya.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata, dia sebenarnya tidak selesa untuk memberikan sebarang komen mengenai julukan yang diberikan kepadanya selepas berpisah dengan aktres Fazura.

“Saya sebenarnya tak mahu komen. Namun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya.

Tanpa mereka siapalah saya. Saya berdiri di sini hari ini pun sebab mereka. Saya bersyukur,” katanya sewaktu ditemui pada tayangan perdana filem dokumentari All Access To Rossa 25 Shining Years.

Fattah hadir ke acara itu sebagai tanda sokongan terhadap bintang terkenal indonesia, Datuk Seri Rossa.

Sewaktu Fattah melewati karpet merah, ratusan peminat bagaikan terkena histeria berteriak memanggil namanya.

Diminta mengulas mengenai kelab peminatnya iaitu The FA Team yang kembali aktif selepas enam tahun dibubarkan, Fattah berkata, dia bersyukur kerana selama ini pengikut menyokongnya dalam diam.

Mereka sebenarnya sentiasa ada. Cuma mungkin sebelum ini mereka berdiam diri.

“Saya pun tak sangka mereka tiba-tiba kembali aktif dan menyokong saya,” ujarnya.

Terdahulu, nama Fattah kembali menjadi fenomena selepas bergelar duda pada 7 Oktober lalu.

Ramai netizen dan rakan selebriti bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya malah tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok