Tak ‘rushing’, kalau ada jodoh ada lah – Kilafairy

PELAKON cantik Kilafairy mengakui tidak terlalu memikirkan soal jodoh sebaliknya selesa menikmati kehidupan solo.

Menurut pemilik nama sebenar Syakila Nisa Jahangir Khan, 32, itu, dia menyerahkan soal jodoh kepada Ilahi dan enggan memberi tekanan kepada diri sendiri tentang perancangan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Saya tidak fikir pun tentang kahwin, kalau ada jodoh itu ada lah. Kalau jumpa dengan orang yang serasi, insya-Allah.

Sejujurnya sekarang tidak rasa sunyi pun ditambah pula saya memang seorang yang introvert dan suka duduk seorang diri ditemani kucing.

“Tidak rushing (terburu-buru nak kahwin) pun,” katanya dalam satu temu bual.

Bintang filem Hoore! Hoore! itu bersyukur kerana selain keluarga, teman rapat sentiasa berada di sisi menemani dan mengisi hari-harinya.

“Kawan-kawan pun ramai, sentiasa ada bersama saya seperti Izara Aishah dan yang lain.

Kalau nak cakap pasal zuriat memang impikan mahu ada anak sendiri.

“Kadang-kadang tengok kawan sudah ada anak dan mereka sibuk dengan kehidupan tersebut, saya terfikir mungkin ada baiknya perkara itu belum berlaku kepada saya,” ujarnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok