BUKAN sahaja comel tetapi juga seorang kanak-kanak yang bijak. Itu pujian yang wajar diberikan kepada anak lelaki Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof iaitu Syaikhul Islam apabila meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini.
Momen manis tersebut dikongsi Sarah dalam sebuah video dengan menyebut satu demi satu markah yang diraih Syaikhul untuk semua subjek.
Bahasa Inggeris 96 peratus, Bahasa Melayu (84 peratus) dan Pendidikan Islam (100 peratus). Sementara untuk matematik pula (88 peratus), Sains (88 peratus) dan Pendidikan Jasmani (95 peratus).
Aktres berusia 38 tahun itu turut berkongsi ulasan guru Syaikhul tentang pencapaiannya.
Tapi secara keseluruhannya, sangat bagus! Hasil yang baik.
“Belajar baik-baik dan kena bagus juga dalam sukan bola sepak. Kena jadi anak yang baik dan soleh, sayang awak,” katanya lagi. – HIBGLAM