KISAH cinta masih dijaja meskipun hubungan sudah berakhir, pelakon Han So-hee mengakui kurang selesa apabila peminat dan orang ramai sibuk membongkar kisah peribadinya.
Ujar idola berusia 30 tahun itu, biarlah apa yang sudah berlalu tidak lagi diungkit dan disensasikan.
“Saya percaya perkara peribadi tidak sepatutnya bercampur dengan perkara umum, saya harap anda menikmati dan menonton drama ini dengan baik,” tegasnya.
Dia turut menegaskan supaya tidak ada mana-mana pihak termasuklah wartawan bertanyakan kisah peribadi berbanding kerja-kerja seninya.
Pada pertengahan Mac lalu, gadis jelita itu mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan Ryu Jun-yeol selepas paparazi berjaya merakam foto mereka berdua sedang bercuti di pulau peranginan terkemuka dunia, Hawaii.
Pengakuan tersebut juga sekali gus menolak dakwaan orang ramai kononnya dia menjadi orang ketiga yang menyebabkan hubungan Jun-yeol dan bekas kekasihnya iaitu pelakon Hyeri putus. – HIBGLAM