SAYA reda, doakan yang terbaik buat saya.”
Demikian luahan pelakon Fattah Amin yang menerima ketentuan takdir bahtera perkahwinannya dengan Fazura bernoktah hari ini.
Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, berkata apa yang berlaku ini sudah ditentukan Allah selain dan memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Kita tidak tahu jodoh kita dengan siapa. Sudah ditakdirkan jodoh saya dengan dia, saya terima.
Namun, Allah sudah tetapkan jodoh kami tak berpanjangan, sampai di sini sahaja. Doakan saya,” katanya kepada HibGlam.
Ditanya sekiranya pelakon drama Lelaki Melayu Terakhir itu akan terus memujuk bekas isterinya, aktor itu menegaskan usaha menjernihkan hubungan tidak akan berjaya jika melibatkan sebelah pihak sahaja.
Kita tengoklah macam mana sebab usaha pujuk ini tak jadi kalau cuma di sebelah pihak sahaja.
“Kena ada usaha daripada dua belah pihak,” jelasnya.
Dalam masa sama, Fattah memaklumkan dia masih sayangkan Fazura walaupun sudah berpisah.
Saya masih sayangkan dia sebagai seorang insan yang pernah hadir dalam hidup,” ujarnya.
Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Fazura dan Fattah yang diijabkabulkan pada pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya, Nur Fatima yang kini berusia empat tahun. – HIBGLAM