Saya pujuk, datang rumah tapi dihalang masuk – Fattah Amin

SEPANJANG berhadapan kemelut rumah tangga, pelakon sensasi mengakui tidak henti-henti menghubungi bekas isterinya, Fazura bagi menjernihkan hubungan.

Bagaimanapun, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, kesal apabila usahanya untuk memujuk dihalang pihak tertentu.

“Hampir setiap hari saya berusaha untuk hubungi Fazura, panggilan tak pernah dijawab, WhatsApp susah nak jawab.

“Cuba tengok WhatsApp dia saya pujuk, mesej dia macam mana. Saya ada datang rumah untuk pujuk tetapi saya dihalang untuk masuk ke rumah,” katanya kepada HibGlam.

Dalam masa sama, pelakon filem KL Special Force itu turut berkongsi mengenai anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya yang masih tidak memahami apa-apa.

Cakap fasal anak memang saya sedih sebab apabila Fatima jumpa saya memang dia gembira, nak saya balik rumah, nak main dengan Daddy dia.

“Dia nak tengok daddy dan mummy bersama.

Saya terpaksa tipu dia cakap nak keluar rumah ini sebab pergi kerja tetapi dia menangis dan tak nak lepaskan saya,” ujarnya dalam nada sebak.

Dia turut bersimpati dengan nasib anaknya yang harus melalui detik hitam walaupun dalam usia yang masih kecil .

Apa yang saya kesal adalah anak saya. Dia tidak sepatutnya menerima keadaan seperti ini pada usia empat tahun.

“Namun dia terpaksa menerima keadaan sebegini,” jelasnya.

Sebelum ini, Fazura mendakwa bekas suaminya tidak ada usaha menjernihkan hubungan sebagai suami isteri.

Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan seroang cahaya mata, Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok