‘Sama gaji pekerja kerajaan, bukan semua pelakon kaya’

Disangka hidup kaya raya dan selesa selepas kejayaan drama dibintanginya iaitu Descendants of the Sun, pelakon Ji Seung-hyun menafikan khabar angin tersebut.

Pernah berdepan masalah kewangan, aktor berusia 42 tahun itu mendedahkan bayaran yang diterimanya ketika membintangi drama fenomena berkenaan sangat rendah dan tidak berbaloi. 

“Ramai orang menyangka apabila selalu muncul dalam televisyen, saya banyak duit. Padahal ketika berlakon dalam Descendants of the Sun yang sangat popular itu pun saya hanya dibayar sekitar RM6,500 sahaja.

“Ketika kejayaan drama tersebut, ramai tanya kenapa saya masih menetap di apartmen buruk dan tidak berpindah ke tempat lebih selesa sebab duit sudah banyak, saya berasa sangat tidak selesa kerana hakikatnya bukan seperti yang disangka.  

“Saya sudah berlakon kira-kira 18 hingga 19 tahun tetapi pendapatan saya sama sahaja dengan pekerja agensi kerajaan atau swasta yang bertugas kurang dari lima tahun. Bukan semua pelakon kaya,” luahnya dalam satu rancangan temu bual. 



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok