‘Rengsek! Sejak kembali solo, banyak pula gosip liar’

BUKAN mudah apabila diri sering digosipkan dengan ramai wanita selepas bergelar duda.

Itulah yang dilalui pelakon Hisyam Hamid, 39, sehingga terpaksa mengehadkan komunikasi dengan wanita demi mengelakkan terpalit gosip liar.

“Lagi rengsek (kesal) sebab macam senang benda nak jadikan cerita, dulu (ketika masih berkahwin) tiada pula benda begini.

Habis itu, saya tak boleh ada kawan perempuan? Agak menjengkelkan apabila kena lebih berhati-hati ketika berkomunikasi atau berbaik dengan kawan wanita.

“Saya tak nak ada gosip yang tak betul lagi,” katanya kepada HibGlam, baru-baru ini.

Tambah aktor asal Singapura itu buat masa ini keutamaannya adalah menjaga hati dua orang anaknya sekali gus membuatkannya lebih selesa hidup solo.

“Saya rasa saya belum ke arah itu (cari pasangan). Jadi, saya nak elak gosip-gosip sebegitu kerana kena jaga hati anak-anak .

Sejak kembali solo, memang banyak gosip liar. Saya dengarlah orang sekeliling bertanya minta kepastian tentang gosip berkenaan,” ujarnya.

Lebih kesal kata Hisham apabila ada pihak memandai-mandai mereka cerita palsu dalam media sosial sehingga mengelirukan keluarganya.

Hinggakan anak buah saya tanya, sejak bila saya kahwin lagi? Ada orang komen yang saya bukan duda selepas berkahwin dengan orang biasa.

“Sebab itu dulu saya selalu bawa ‘orang rumah’ bagi mengelakkan dihambat gosip sedemikian,” jelasnya.

Sebelum ini, pelakon itu menjadi perhatian selepas mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas isteri, Rosmawati Hanafi atau lebih dikenali sebagai Mel.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok