Relaks Fattah, bunga bukan sekuntum – Esma Daniel

Perkongsian aktor senior, Esma Daniel dalam akaun Facebook mengenai kemelut rumah tangga Fattah Amin meraih perhatian ramai.

Dalam hantaran tersebut, Esma atau nama lengkapnya, Esma Daniel Md Isa, 55,  berkongsi fotonya bersama Fattah Amin berserta kapsyen yang mengandungi nasihat daripada lelaki kepada lelaki.

“Relaks Fattah. Bunga bukan sekuntum. Namun jika bunga sekuntum itu terlalu harum untuk dilupakan, hargailah kenangannya.

“Namun jangan biarkan ia (benda lama) menghalang kita daripada teruskan hidup dan mencari kebahagian baharu.

“Amanat tetap perlu dijaga meskipun jalan hidup berubah,” tulisnya.

Ironinya, kedua-dua aktor ini merupakan juara pertandingan penceraian Hero Remaja. Esma merupakan Hero Remaja 1991 sementelah Fattah pula Hero Remaja 2012.

Esma juga pernah melalui episod penceraian sebanyak dua kali. Yang pertama bersama aktres Sherie Merlis pada tahun 1997 dan yang kedua bersama Nitra Sari pada tahun 2016.

Kini pelakon filem Santau itu bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama isteri baharunya, Nur Atira yang dinikahi tahun lalu.

Terdahulu, Fattah Amin sah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Nur Fazura Sharifuddin pada Isnin lepas di Mahkamah Syariah Petaling Subang Bestari.

Berita perceraian mereka mendapat liputan meluas dan menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Ramai selebriti tempatan dilihat memberi sokongan kepada Fattah termasuklah Pekin Ibrahim, Ellie Suriaty, Keena Mentor, Lana Nodin, Syamsul Ghau Ghau, Salina Saibi, Risteena dan ramai lagi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok