Prihatin, Lisa derma bayaran persembahan kepada anak Gaza

MESKIPUN mula hilang peminat kerana kekasihnya penyokong Israel, penyanyi Lisa difahamkan enggan menerima bayaran di Global Citizen Festival sebaliknya mendermakan wang tersebut kepada anak-anak Palestin.

Global Citizen Festival merupakan acara bertujuan meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana untuk isu sejagat termasuk pendidikan anak-anak di Gaza, Sudan dan Afrika.

Difahamkan, anggota kumpulan Blackpink itu menjadi artis utama yang membuat persembahan ada acara itu.

Menurut jurucakap pihak Global Citizen, Lisa sangat prihatin terhadap masalah sosial di dunia.

“Lisa adalah seorang yang sangat mengambil berat tentang isu sosial dan secara sukarela ingin menyertai festival ini sebagai tanda sokongan dan komitmennya untuk melihat perubahan positif dunia,” katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok