Pernah digelar Godzilla, Ummi Nazeera pangkah ‘body shaming’

SAYA pernah digelar Godzilla ketika berumur 11 tahun.”

Demikian pendedahan pelakon Ummi  Nazeera yang pernah menjadi mangsa buli ralam senaua hanya kerana bertubuh sedikit berisi dan tinggi.

Ummie atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 34, berkata kejadian itu berlaku ketika di sekolah rendah.

Dulu badan saya agak berisi dan tinggi, kerana itu saya kena body shaming apabila dipanggil Godzilla.

“Yang mengata itu pula lelaki. Sebenarnya badan saya tidaklah begitu besar cuma tinggi sahaja,” katanya kepada HibGlam

Sambung ibu kepada dua cahaya mata itu, perbuatan menghina fizikal boleh memberi kesan buruk kepada mangsa sekiranya tidak ditangani dengan baik. .

“Saya sangat tidak setuju dengan perbuatan ‘body shaming’ lebih-lebih lagi jika berlaku di sekolah. Walaupun perkara itu menjadi pembakar semangat untuk melakukan perubahan tetap tidak elok.

Pada usia 12 tahun saya berusaha kuruskan badan. Saya tidak beri sebarang reaksi kepada individu terbabit (pembuli) tetapi membuat perubahan dan buktikan yang saya boleh kurus.

“Ketika diejek, saya hilang keyakinan diri apatah lagi ketika itu masih terlalu muda. Tetapi disebab saya ada seorang abang di sekolah sama, dia melindungi saya. Jadi tidaklah emosi terlalu terganggu sehingga tak mahu ke sekolah,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media drama Andai Tiada Dia di ibu kota, semalam.

Meski pernah menjadi mangsa ‘body shaming’, Ummi mengakui gembira dengan bentuk fizikalnya sekarang .

“Masih dalam BMI (Indeks Jisim Badan) normal dan saya gembira dengan tubuh badan saya sekarang.

Sekarang saya tidak pernah diejek lagi malah ada yang minta saya kongsikan tip bagaimana mahu menurunkan berat badan,” katanya.

Perkembangan lain, Ummi bakal tampil dengan drama terbaharu berjudul Andai Tiada Dia yang bakal menemui penonton di saluran Astro Ria bermula 21 Oktober ini.

Drama penuh emosi itu mengisahkan konflik suami isteri mengalami kesukaran mendapatkan zuriat selain kemunculan orang ketiga yang cuba merosakkan rumah tangga mereka.

Diterbitkan Global Station, drama itu turut dibintangi Hisyam Hamid, Mimi Lana, Zahiril Adzim dan Kodi Rasheed. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok