226
SELEPAS membuka agensi sendiri pada tahun lalu, penyanyi Blackpink iaitu Jisoo lebih memberikan fokus kepada kerjaya lakonan.
Ramai yang teruja melihat pemilik nama lengkap Kim Ji-soo, 29, itu aktif sebagai penyanyi tetapi rata-rata kecewa kerana tiada muzik baharu daripada wanita itu.
Jika dibandingkan dengan ahli Blackpink lain, masing-masing sibuk dengan persembahan solo dan pelancaran lagu baharu.
Malah, ada peminat yang menggesa pelantun lagu Flower itu untuk segera melancarkan muzik baharu.
“Kalau awak tak keluarkan sesuatu yang baharu tahun ini, awak akan kehilangan peminat,” kata pengikut.
“Lagu solo awak harus dilancarkan selewat-lewatnya bulan Disember ini, orang dah penat menunggu,” ujar peminat. – HIBGLAM