Peminat bersorak G-Dragon buat ‘comeback’

LAMA menyepi, anggota kumpulan BigBang, G-Dragon membuat peminatnya bersorak riang apabila mengumumkan akan melancarkan album solo baharu.

Setelah bertahun hiatus daripada arena muzik K-pop, pemuja bakatnya di seluruh dunia menzahirkan rasa tidak sabar menantikan kemunculan semula bintang besar berusia 36 tahun itu di pentas antarabangsa.

Berita mengenai ‘comeback’ itu telah disahkan agensinya, Galaxy Corporation, namun tarikh rasmi pelancaran album tersebut masih belum diputuskan.

Memang benar dia dalam perancangan untuk buat ‘comeback’ tetapi tarikhnya belum disahkan,” kata wakil agensi.

Kendatipun beberapa portal berita Korea menyebut hujung bulan ini sebagai tarikh rasmi kemunculan semula idola terbabit, namun agensi berkenaan menegaskan belum ada kepastian berhubung tarikh tersebut.

Kami masih menyelaraskan tarikh pelancaran dan tiada apa-apa yang telah dimuktamadkan berkaitan ‘comeback’ solo pada tarikh yang digembar-gemburkan itu,” ujar wakil itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok