Park Seo-joon dibuli sebab introvert

Gara-gara dilahirkan sebagai individu yang introvert dan kurang keyakinan diri, pelakon Park Seo-joon sering menjadi mangsa buli ketika di bangku sekolah.

Trauma dengan kejadian tersebut, aktor berusia 35 tahun itu berjanji kepada dirinya tidak akan sesekali menyakiti mahupun memukul sesiapa kerana faham betapa traumanya menjadi mangsa buli.

“Saya bencikan diri saya ketika zaman persekolahan dahulu. Saya sangat pendiam dan rendah diri hingga tidak mampu berbuat apa-apa untuk mempertahankan diri. Saya rasa sangat bodoh. 

“Disebabkan itu saya selalu jadi mangsa buli. Trauma dengan pengalaman buruk itu, sampai sekarang saya tidak suka bergaduh.

“Saya bangga dengan diri sendiri kerana tidak pernah mencederakan sesiapa. Saya masih ingat betapa ngerinya apabila kena pukul.

“Saat itu tentu sahaja saya remaja yang hilang harapan, namun semuanya berubah selepas menceburi dunia lakonan. Rasa yakin diri mula menebal dan membantu saya jadi insan lebih baik,” kongsinya melalui satu rancangan temu bual.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok