Berpakaian seksi dan mencolok mata, anggota kumpulan Mamamoo, Hwasa bukan sengaja mencari publisiti murahan sebaliknya, mempunyai alasan tersendiri.
Ujar idola berusia 29 tahun itu, dia berasa kurang selesa mengenakan pakaian dalam kerana mempunyai masalah pencernaan dan akan berasa kembung perut selepas makan.
“Pakai pakaian dalam buat saya sangat tidak selesa. Setiap kali pakai coli, saya selalu rasa kembung perut selepas makan.
“Memang sejak kecil saya ada masalah pencernaan,” katanya menerusi satu rancangan temu bual.
Sedar penampilannya itu sukar diterima khalayak, gadis hitam manis itu bagaimanapun tiada masalah untuk mengekalkan imej berkenaan.
“Anggota yang lain memang terkejut melihat imej saya pada ketika itu sampaikan mereka larang saya keluar.
“Tapi saya tetap dengan gaya sama setiap kali keluar dengan rakan-rakan lain.
“Dahulu ramai yang kecam tapi sekarang orang dah dapat menerima cara saya,” jelasnya lagi.