463
SELEPAS hampir setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Nabila Razali dikatakan berbadan dua.
Spekulasi itu tercetus apabila ramai perasan ‘baby bump’ pemilik nama lengkap Nur Nabila Mohd. Razali, 32, ketika menari dalam sebuah video TikTok.
“Macam ada ‘baby bump’,” kata peminat.
“Ingatkan saya sahaja yang perasan ‘baby bump’,” ujar pengikut.
“Muka macam sedang mengandung,” tutur netizen.
Bagaimanapun, usaha HibGlam mendapatkan respons pelantun lagu Peluang Kedua itu gagal apabila mesej tidak berbalas.
Sebelum ini Nabila yang selesa disapa Bella memaklumkan lebih selesa menyimpan kemas hal peribadi.
Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, pada 18 November 2023. – HIBGLAM