MK kehilangan bapa tercinta

Penyanyi juga pelakon MK berdepan hari yang suram kehilangan bapa tercinta, Hamdan Abdul Razak.

Khabar duka tersebut dikongsikan oleh MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, dalam Instagram hari ini.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk bapa saya. Ya Allah, Ya Rabb, tempatkan Hamdan Abdul Razak (bapa) di kalangan orang yang beriman,” katanya.

Dalam perkongsian sama, MK turut memuat naik sekeping foto menunjukkan keranda jenazah di dalam sebuah kenderaa bersama bacaan doa.

Sehingga kini penyanyi kumpulan K-Clique itu belum menjelaskan secara terperinci mengenai punca kematian bapanya.

Usaha menghubungi MK untuk maklumat lanjut juga masih belum mendapat respons. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok