‘Lambakan peniaga warga asing jejaskan rakyat, hantar mereka pulang!’

VOKALIS kumpulan Flop Poppy Andy berharap kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap lambakan warga asing masuk ke negara ini dan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran.

Andy atau nama sebenarnya Megat Effendy Zakaria, 52, berkata, sikap terlalu ‘berlembut’ dengan warga asing membuatkan golongan itu mengambil kesempatan sehingga mampu bertindak di luar kawalan.

“Kehadiran warga asing yang menjalankan perniagaan di beberapa kawasan seperti sekitar Lembah Klang secara tidak langsung memberi kesan kepada peniaga tempatan.

Apabila perkara ini dibiarkan, golongan warga asing akan naik tocang dan mengaku kawasan tersebut milik mereka. Sekarang ini apa jaminan kerajan kepada rakyat agar tidak dibanjiri dengan warga asing?

“Sekarang ini rakyat rasa tidak selesa dengan kebanjiran warga asing, jadi hantar pulang semula warga asing ke negara asal,” katanya dalam video dalam TikTok.

Tidak hanya itu, Andy turut menasihati rakyat tempatan agar tidak mudah terpedaya atau bersimpati dengan warga asing di negara ini.

Masyarakat kita perlu berani bersuara dan menentang kemungkaran ini. Perkara sebegini sudah banyak berlaku di depan mata. Seharusnya kita sebagai tuan rumah perlu berani bersuara agar mereka ini tidak berlebihan.

“Seharusnya kita semua perlu bercakap dan jangan hanya mengharapkan sekadar satu atau dua orang saja bersuara, tetapi yang lain di belakang menyokong. Kita semua kena bercakap kerana ini juga sama seperti dakwah,”tegasnya.

Dalam pada itu, Andy turut berkongsi pengalaman tindakan biadab seorang lelaki warga Arab yang menghampirinya dan meminta untuk dibelikan rokok.

Waktu saya berjalan di sekitar kawasan Bukit Bintang ada seorang lelaki Arab tanpa segan silu datang dan minta rokok. Saya beri tahu agar membelinya di kedai serbaneka berhampiran.

“Bagi saya itu tindakan biadab kerana mereka ini dengan selamba memperlakukan negara kita seperti negara mereka,” jelasnya.

Sebelum ini media melaporkan dua lelaki Maghribi memberi alasan mahu mencari wang belanja sepanjang berada di Malaysia menyebabkan mereka meminta sedekah sambil menari tarian tradisional Magribi di Bukit Bintang.

Difahamkan kedua-duanya memasuki ke negara ini dengan menggunakan pas pelancong dan tinggal di hotel berdekatan untuk membuat persembahan setiap hari bermula pukul 10 malam hingga 1 pagi dan meraih pendapatan sebanyak RM200 sehari. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok