TIADA angin tiada ribut, penyanyi Elyana Emrizal memuat naik sekeping gambar bersama pelakon Fattah Amin.
Foto tersebut dipercayai sebagai tanda sokongan terhadap pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, yang berpisah dengan bekas isteri, Nur Fazura, semalam.
Tanpa meninggalkan sebarang kapsyen, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 37, meletakkan lagu Galau nyanyian asal kumpulan Indonesia, Five Minutes.
Berdasarkan pemerhatian, gambar tersebut dipercayai dirakam semasa menjalani penggambaran telefilem Aneh yang pernah ditayangkan pada 14 September 2019.
Selepas bercerai, Fazura mengesahkan Fattah berlaku curang dan culas memberi nafkah yang menjadi antara punca dia memfailkan perceraian.
Begitupun, pelakon Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu menafikan kesemua dakwaan berkenaan selain menganggap tuduhan dilemparkan bertujuan memalukan dirinya.
Selepas tujuh tahun bergelar suami isteri, Nur Fazura, ,41, dan Fattah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pukul 9.45 pagi semalam.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 itu dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima yang kini berusia empat tahun. – HIBGLAM