105
LAMA menyepi, akhirnya pelakon Kim Sae-ron dilihat kembali aktif di hadapan kamera selepas hiatus selama tiga tahun.
Perkara tersebut dilihat dalam sebuah gambar menampakkan wanita itu tampil dengan rambut panjang menggayakan gaun putih dengan personaliti ceria sepanjang penggambaran.
Menurut sumber, projek ini adalah sebuah filem berbajet rendah yang diarahkan Shin Jae-ho.
Meskipun penglibatan Sae-ron telah disahkan tetapi tiada butiran lanjut yang dikongsi mengenai filem terbabit. – HIBGLAM