‘Kasut tiruan jadi isu, payudara punggung berderet palsu okey pula’

GERAM kanak-kanak dibuli hanya disebabkan kasut, penyanyi dan pelakon Aqasha menyifatkan individu yang melontarkan kecaman sebagai tiada empati.

Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akassya Rosli, 42, berkata, banyak lagi isu lain boleh diberi perhatian berbanding memalukan seorang anak kecil yang menghargai hadiah pemberian ibunya.

“Apa punya ‘pekak’ orang Malaysia, kasut tiruan pun nak dijadikan isu?

Payudara tiruan, punggung, rahang tiruan, bibir, rambut, hidung, bulu mata, gigi, atas bawah berderet palsu,” tulisnya dalam Insta Story.

Pelakon filem Embun itu turut menegaskan antara perkara tiruan lain yang masyarakat kerap terlepas pandang adalah sikap palsu atau berpura-pura.

Ada yang personaliti pun palsu dan tiruan, bersepah-sepah. Baik sahaja ramai yang sodok.

“Okey sahaja. Budak pakai kasut tiruan pula yang jadi bahan. Senteng betul,” ujarnya.

Perkongsian Aqasha susulan tular kisah seorang kanak-kanak dikenali sebagai Arman dikecam netizen selepas berkongsi hadiah kasut pemberian ibunya.

Gara-gara bukan jenama asli, kanak-kanak itu diejek namun ramai mempertahankan Arman, malah dia diundang ke konti stesen radio Era, semalam.

Menerusi temu bual di radio, ibu Arman mengakui tidak mampu membelikan anaknya kasut sukanjenama asli yang mahal.

Sehubungan itu, tiga penyampai Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin membuat kejutan dengan membawa Arman serta keluarga  membeli beberapa pasang kasut sukan baharu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok