HADIR memberikan sokongan moral, ibu bapa pelakon Fattah Amin reda mendepani situasi yang melanda rumah tangga anak dan menantu mereka, Nur Fazura.
Akui Mohd. Amin Musa, 57, dia dan isterinya, Azizah Abdul Ghani, 54, hanya mampu berlapang dada menerima segala ketentuan Allah.
Kami cuma doakan yang baik-baik untuk Fattah dan Fazura.
“Apa yang berlaku ini kami reda. Harap yang terbaik untuk cucu kami jua,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi tadi.
Selain ibu bapa, kehadiran Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, pada prosiding kedua permohonan cerai diajukan Fazura itu turut diiringi peguam syarie, Zulkifli Che Yong.
Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan terbabit sah bercerai apabila Fattah cerai talak satu pada pukul 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.
Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan aktres berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. – HIBGLAM