PETALING JAYA – Seperti pelaris produk, ketampanan pelakon Fattah Amin ketika muncul dalam sesi siaran langsung menjual jenama makanan sejuk beku malam ini membuatkan ramai netizen dalam kalangan wanita tidak keruan.
Meraih lebih 100,000 tontonan dalam tempoh kurang sejam, rata-rata netizen mengakui menonton sesi ‘live’ tersebut yang mula bersiaran sekitar pukul 9 malam tadi hanya disebabkan Fattah.
Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin yang ligat mempromosikan jenama tersebut turut menerima pelbagai jenis ‘gift’ TikTok mewah daripada netizen.
“Aku masuk live ini semata-mata sebab Fattah sahaja. Kacak sunggu sekarang.
“Jangan dekat dengan skrin telefon Fattah, hati rasa gemuruh.
“Laris jualan daging kambing sebab Fattah. Pelaris sungguh!” komen netizen.
Tidak kurang juga yang mahu melihat Fattah menyanyi dalam siaran langsung tersebut.
Terdahulu, pada 12 Oktober lalu Fattah yang pertama kali melakukan ‘live’ dalam aplikasi berkenaan meraih lebih 49,000 tontonan pengguna dan mendapat lebih 26juta tanda suka.
Sejak disahkan bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu, saham populariti Fattah meroket.
Dia juga kini digelar duda paling ‘hot’ ketika ini sehingga ramai golongan wanita membuat konten lucu mengenainya seperti ‘Ada Fattah untuk dihalalkan’. – HIBGLAM