Jessi mahu lelaki cederakan peminatnya dihukum

GARA-GARA petugas pengurusannya terjebak tuduhan mencederakan peminat, penyanyi Jessi terpaksa berkunjung ke Balai Polis Gangnam, Korea Selatan  bagi membantu siasatan.

Menurut satu laporan, pelantun lagu Zoom itu bersedia memberi kerjasama penuh berhubung perkara tersebut dan percaya setiap kejadian pasti ada punca dan cara penyelesaian.

Merungkai salah faham, penyanyi berusia 35 tahun itu menafikan ada menjalin hubungan dengan petugas pengurusan terbabit.

Jessy juga bertegas, apa yang terjadi juga bukan atas arahannya.

Saya harap pihak polis akan jumpa lelaki itu dengan segera dan diberi hukuman.

“Saya baru melihatnya sekali. Saya mohon maaf kepada mangsa,” katanya.

Dalam insiden yang berlaku pada 29 September lalu, seorang peminat cuba mendekati Jessi untuk mengambil gambar bersama.

Namun permintaan tersebut dihalang oleh seorang lelaki yang didakwa kru pengurusan Jessi sehingga berlaku kekerasan.  –  HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok