Jaehyun lancar lagu hari masuk kem tentera

BAKAL menjalani latihan tentera pada 24 Oktober nanti, anggota kumpulan NCT, Jaehyun mengejutkan ramai peminatnya apabila mengumumkan bakal melancarkan lagu baharu pada tarikh sama lapor diri.

SM Entertainment dalam kenyataan memberitahu idola berusia 27 tahun itu bakal mengeluarkan single solo berjudul Unconditional sebagai bingkisan akhir sebelum lama meninggalkan peminat buat sementara waktu.

“Betul, Jaehyun akan melancarkan single solonya khas buat peminat sebelum lapor diri di kem tentera.

Semoga peminat dapat menyokong dan terus strim karya baharu itu agar Jaehyun terus bersemangat menjalani latihan,” kata wakil agensi.

Difahamkan, Unconditional  sarat dengan emosi dan lirik puitis yang merobek jiwa. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok