Isteri ada ‘baby bump’, Hafidz Roshdi kunci mulut

PERKAHWINAN kedua pelakon Hafidz Roshdi sentiasa menuai perhatian khalayak. Mana tidaknya, peminat tidak sabar untuk mendengar berita tentang kehamilan isteri aktor terbabit iaitu Athira Yuhada.

Sejak mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu, pasangan itu kerap diajukan soalan tentang kehamilan.

Meskipun sebelum ini masing-masing pernah menafikan perkara itu, peminat tetap menaruh harapan bahawa pasangan itu sedang menghitung hari menyambut kelahiran anak pertama.

Dakwaan itu lebih kuat apabila Hafidz memuat naik gambar bersama Athira yang memperlihatkan bahagian perut isterinya seperti bonjolan bayi atau ‘baby bump’.

Bagaimanapun Hafidz tidak memberikan sebarang kenyataan pada perkongsian itu, sebaliknya hanya meletakkan emoji matahari termasuk menutup ruangan komen.

Namun, itu tidak membataskan netizen untuk ‘membincangkan’ dakwaan kehamilan itu di ruangan pojok. Rata-rata netizen mengharapkan agar pasangan itu segera dikurniakan cahaya mata.

Diva: Ramai betul rakan artis yang menyuarakan sokongan buat Fattah Amin.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok