PERKONGSIAN usahawan selebriti Neelofa berkunjung ke padang pasir di percayai di Dubai bersama suami, Haris Ismail mengundang pelbagai reaksi di media sosial.
Menerusi foto dan video yang dimuat naik dalam Instagram, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 35, memakai juba rona merah jambu yang disifatkan segelintir pengikutnya tidak sesuai kerana menampakkan bentuk badan.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan mengharapkan Neelofa lebih peka memilih kandungan untuk tatapan umum dalam media sosial.
“Bagus gambar yang menampakkan bentuk badan itu telah dipadam. Hati-hati dengan perkongsian, takut nanti jadi mangsa buli siber.
“Mungkin selepas ini perlu lebih berhati-hati dalam memilih kandungan sebelum kongsi. Bimbang akan jadi bahan fitnah.
“Tiada lagi gambar bahagian itu. Mungkin Lofa sudah delete (padam) rasanya,” antara komen netizen.
Dalam pada itu, ada warga maya menyarankan heroin filem Azura tersebut mengikut jejak langkah pelakon Izara Aishah yang menutup ruangan komen dalam perkongsian tertentu.
Bagaimanapun, ada peminat Neelofa tidak bersetuju dengan cadangan itu dan meminta agar pengguna media sosial lain tidak mengkritik artis kesayangan mereka.
Tidak perlu tutup komen. Abaikan sahaja dan tidak perlu baca. Lofa abaikan manusia toksik dan manusia terpaling suci.
“Biarlah gambar ini lawa. Tiada apa yang hendak digaduhkan. Suaminya juga tidak gelabah (menegur). Kalian pula yang sibuk. Kepada yang tukang judge (menghukum), gambar masing-masing pun teruk juga,” antara komen netizen.
Dalam perkongsian sama, Neelofa dilihat berkongsi pengalaman berkunjung ke kawasan gurun dan menaiki unta. – HIBGLAM