Fazura muat naik kata-kata motivasi tentang ujian Tuhan

BAGAI gambaran perasaan, pelakon Nur Fazura meraih perhatian ramai apabila berkongsi mutiara kata mengenai ujian dilalui insan dalam melayari kehidupan.

Menerusi hantaran dalam Insta Story, isteri kepada aktor Fattah Amin itu membuat naik beberapa petikan yang mempunyai makna di sebaliknya termasuk berkaitan kedudukan seseorang.

“Jangan terlalu lama berada di tempat bukan milikmu,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Kata-kata itu seolah-olah ada kaitan dengan situasi dilaluinya kini yang sedang berhadapan kemelut rumah tangga.

Menerusi hantaran lain, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkongsi mengenai ujian Allah kepada hamba-Nya.

“Bukan kerana kita kuat dan kebal dilukai tapi kerana kita tahu siapa yang menguji,” ujarnya.

Pelakon filem Gol & Gincu itu turut memetik kata-kata berkenaan tindakan berdiam lebih baik daripada bersuara.

Terdahulu, hal rumah tangganya dengan Fattah menjadi tumpuan ramai selepas dia memfailkan permohonan perceraian pada 13 September lalu.

Bagaimanapun, keputusan kes perceraian yang disebut di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hanya akan diketahui pada 7 Oktober ini.

Nur Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok