MASIH menjaga aib, pelakon Fattah Amin mengakui mempunyai rahsia berkaitan bekas isterinya, Fazura yang kekal disimpan sehingga ke hari ini.
Kata Fattah atau nama asalnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, perkara tersebut enggan didedahkan kerana menghormati perjanjian yang termaktub dan dipersetujui di mahkamah.
Saya pun ada tahu satu benda fasal dia tetapi kami dah bersetuju untuk tidak mahu buka aib masing-masing.
“Saya pun dah bersetuju tidak memfailkan nusyuz (langgar perintah), jadi jangan buat perkara begini (buka aib),” katanya kepada HibGlam ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam hari ini.
Pelakon filem Pendekar Awang itu berharap perkara yang mencetuskan spekulasi liar atau yang boleh membuka aib tidak sebarkan kepada pihak luar.
Katanya, dia enggan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya bakal berdepan perasaan tidak selesa apabila sudah dewasa kelak.
Memalukan kita semua terutamanya anak saya bila besar nanti tengok mummy daddy dia bergaduh, saya tak nak dan kasihankan dia,” ujarnya lagi.
Hari ini, perkahwinan Fattah dan Fazura ternokhtah sebaik aktor itu melafazkan talak satu ketika prosiding kedua sebutan permohonan cerai yang diajukan bekas isterinya.
Selepas sah bercerai, Fazura mengesahkan spekulasi yang pernah dinafikan iaitu Fattah berlaku curang selain culas menunaikan tanggungjawab.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima yang kini berusia empat tahun. – HIBGLAM