Fazley Yaakob, Azrene Soraya sah bercerai

PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengesahkan sudah bercerai dengan bekas isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz beberapa bulan lalu.

Menurut Fazley, keputusan tersebut dilakukan atas persetujuan bersama selepas 18 tahun bergelar suami isteri.

“Saya sendiri telah memfailkan penceraian beberapa bulan yang lalu dan tempoh idah telah pun tamat.

Empat anak kami kini di bawah hak jagaan bersama. Semoga dengan penjelasan ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Fazley menjelaskan hubungan dengan bekas isterinya masih kekal baik dan sama sewaktu mereka mula-mula berkenalan dahulu.

Hasil daripada perkahwinan selama lapan belas tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma kini berusia 7 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok