MENJADI fasa gelap, ironinya gelaran duda yang dipikul sejak 7 Oktober lalu sebenarnya telah melonjakkan ‘saham’ Fattah Amin.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dilihat menjadi individu paling diperkatakan.
Situasi tersebut juga mencetuskan fenomena baharu dalam industri seni apabila artis lelaki yang bercerai mendapat sokongan yang luar biasa peminat.
Apa sahaja yang dilakukan pelakon drama Suri Hati Me Pilot itu pasti akan mendapat perhatian.
Terbaharu, video Fattah yang menggunakan ‘filter’ agar kelihatan gemuk turut menggeletek hati netizen.
Kata mereka, biarpun Fattah menjadi gemuk, namun ketampanannya tidak pudar.
“Ini Fattah versi terlebih ‘baking soda’. Tetapi tetap kacak,” komen netizen.
Ini ‘Fatah’ tengkuk. Kacak tetap kacak,” komen seorang lagi netizen.
Fattah juga mendapat gelar duda terhangat Malaya daripada para peminatnya.
Memberi respons terhadap jolokan ramai, Fattah mengakui tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi tentang perkara tersebut selain hanya mampu berterima kasih kepada peminat serta penyokongnya. – HIBGLAM.