[VIDEO] ‘Doakan segalanya dipermudahkan’ – Fattah Amin ceria, tenang

BERBEZA dengan kehadiran pada sesi prosiding pertama permohonan cerai difailkan Nur Fazura, kemunculan pelakon Fattah Amin, 34, di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari bagi sebutan kedua nampak lebih tenang.

Tiada lagi riak sugul pada wajah Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 33,  sebaliknya dia ceria bersuara apabila meminta kira-kira 50 wakil media mendoakan urusannya hari ini lancar.

Doa-doa yang baik, semoga segalanya dipermudahkan,” katanya ketika tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi tadi iaitu 11 minit selepas kehadiran isterinya.

Fattah diiringi Peguam Syarie, Zulkifli Che Yong yang sebelum itu menyatakan adanya tanda positif terhadap perjalanan kes perceraian pasangan terbabit dengan penyelesaian secara baik.

Hadir menggenakan sut biru lengkap bersongkok, aktor berkenaan turut menjawab mengenai keadaan puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya, 4.

Dia gembira dapat luangkan waktu dan menyambut ulang tahun kelahirannya dengan ‘daddy’ dia,” katanya.

Pagi ini, pasangan terkenal itu hadir ke mahkamah bagi sebutan kedua tuntutan perceraian yang difailkan Nur Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, pada 13 September lalu.

Begitupun, pada sebutan pertama kira-kira dua minggu lalu Fattah mengakui belum sedia menceraikan isterinya kerana masih sayang.

Bintang filem Gol & Gincu itu pula kemudian menegaskan nekad bercerai demi maruah diri dan kesejahteraan anak tunggal mereka.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok