[VIDEO] ‘Doa yang baik-baik’ – Ruhainies, Aliff Aziz tiba di mahkamah

BELUM selesai, pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini bagi prosiding sebutan semula kes khalwat dengan dikawal tiga pengawal peribadi.

Hari ini, Aliff yang lengkap berpakaian serba hitam dan Ruhainies memakai jubah rona coklat diwakili peguam Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani.

Ruhainies yang turut memakai pelitup muka hanya meminta doa bagi urusannya hari ini dipermudahkan.

Doa yang baik-baik,” katanya.

Sementara Aliff, 33, mengunci mulut dan enggan memberi sebarang respons kepada pihak media mengenai prosiding hari ini.

Alhamdulillah,” kongsinya.

Pada 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Terdahulu pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tangkap khalwat pada Mac lalu.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhaniesmenjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara. – HIGBLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok