Cuak kes cerai selebriti, Shuib ‘up’ nafkah Watie

USAHAWAN dan isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah bersyukur suaminya menambah jumlah pembayaran nafkah selepas tular isu perceraian pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin.

Tidak mendedahkan jumlah yang diterima, Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, berkata, jumlah tersebut tinggi berbanding sebelum ini.

Alhamdulillah sejak kes Fattah dan Fazura, suami naikkan duit nafkah.

“Walaupun bini tak pernah mengadu tidak cukup, tetapi mungkin dia jadikan iktibar dalam diam,” katanya dalam Instagram.

Watie juga sempat menasihati pasangan suami isteri agar sentiasa bertolak-ansur dalam rumah tangga selain menjadikan banyak isu semasa sebagai pengajaran.

“Sebenarnya suami isteri jadikanlah pengalaman dan kisah orang lain sebagai pengajaran, sama-sama bertolak-ansur dan saling memahami.

Sebab kehidupan rumah tangga ini untuk kita lalui, nikmati dan susah senang sehingga ke nafas terakhir bersama,” jelasnya.

Sebelum ni, Watie pernah mendedahkan menerima duit raya berjumlah RM5,000 daripada Shuib pada April lalu.

Mutakhir ini, isu nafkah menjadi topik hangat dalam media sosial selepas Fazura mendedahkan itu antara punca perceraian dengan Fattah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok