BUKAN sahaja kisah cerai, busana yang dipakai pelakon Nur Fazura Ketika hadir ke mahkamah hari ini turut menjadi bahan bualan ramai dalam media sosial.
Bagi segelintir netizen, baju rekaan jenis ‘pleated’ berwarna merah jambu dilihat sangat anggun ditambah pula dengan gaya tudung yang dilihat kemas.
Lucunya, terdapat individu berseloroh rekaan baju bintang filem Pisau Cukur itu mahu dijadikan sebagai busana Hari Raya Aidilfitri tahun depan.
Baju Fazura pakai hari ini cantik. Boleh buat baju raya tahun depan.
“Yang penting baju Fazura meletup.
Cantik betul gaya tudung Fazura di mahkamah tadi,” komen netizen.
Dalam pada itu, rentetan kes perceraian nama Fazura dan Fattah turut trending dalam media sosial khususnya aplikasi X.
Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan terbabit berakhir apabila Fattah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari sekitar pukul 9.45 pagi tadi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Sole.
Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan aktres berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Fattah dan Fazura yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. – HIGBLAM