Bukan kulit, Byung-hun ada instrumen lain lebih penting

KEKAL relevan dan popular meskipun tidak memenuhi piawaian penampilan Korea Selatan, usaha aktor senior Lee Byung-hyun tetap membina karier sehingga dikenali dilambung pujian netizen.

Lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia hiburan dengan pelbagai pencapaian, netizen berpendapat pelakon berusia 54 tahun itu membuktikan bahwa lelaki berkulit lebih gelap juga mampu membina nama. 

“Byung-hun salah seorang selebriti contoh yang mampu meraih kejayaan meski tidak memenuhi piawaian kecantikan Korea. Dia tidak berkulit cerah tetapi bakatnya melebihi semua itu,” komen seorang netizen.

“Bakat dan usaha merupakan instrumen penting untuk menjadi anak seni dan selebihnya adalah bonus dan boleh diperbaiki dari semasa ke semasa, sebab itu dia sentiasa relevan,” komen seorang lagi pengguna media sosial. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok