‘Berat Royal Abraham 4.7kg, patutlah nak gerak kaki pun susah’

PELAKON  Raja Ilya selamat melahirkan cahaya mata kedua secara pembedahan di Hospital Kind Edward, Australia kelmarin.

Kata Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 39, bayi lelaki seberat 4.7 kilogram (kg) itu di beri nama Royal Abraham.

“Alhamdulillah semuanya selamat dan kami berdua juga dalam keadaan baik. Bayi Royal Abraham dilahirkan dengan berat 4.7kg.

“Itu dia, patutlah waktu mengandung nak gerak kaki pun tidak boleh. Sangat gembira dapat memiliki dia bersama kami. Terima kasih atas semua doa dan ucapan,” katanya dalam Instagram.

Berkongsi pengalaman melahirkan anak keduanya, Ilya memberitahu, atas beberapa sebab pihak perubahan terpaksa membawanya ke tiga buah hospital yang berbeza.

“Air ketuban pecah awal pagi semalam (Isnin), tetapi tidak segera ke hospital sehinggalah apabila sudah banyak baru hubungi pihak kecemasan .

“Tiba di hospital yang pertama, mereka kata sudah penuh dan terpaksa pula ke hospital kedua.

“Sampai ke hospital kedua, mereka pula kata tiada mesin darah yang saya perlu digunakan. Jadi, berpindah pula ke hospital yang ketiga,” katanya.

Sebeum ini, Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia kerana mengikut suaminya yang bekerja di sana.

Mereka juga sebelum ini memiliki seorang anak peremapuan bernama Talita Love yang kini berusia dua tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok