Bekas isteri buka pekung, Min-hwan mungkin dihukum

Gara-gara perbuatan jelik dibongkar bekas isteri, anggota kumpulan FT Island, Choi Min-hwan berkemungkinan dipenjara sekiranya didapati bersalah atas tuduhan terlibat aktiviti pelacuran.

Perkara tersebut susulan satu laporan telah dibuat membabitkan idola berusia 32 tahun itu di Balai Polis Gangnam, Korea Selatan rentetan pendedahan kegiatan tersebut oleh bekas isterinya iaitu penyanyi Yulhee.

Dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Youtube, Yulhee berkongsi antara faktor yang menyebabkan mereka bercerai pada Disember tahun lalu.

Selain mendakwa Min-hwan pernah melakukan keganasan rumah tangga, Yulhee turut mendedahkan perbualan telefon bekas suaminya itu dengan seorang lelaki yang berkaitan dengan aktiviti pelacuran.

Menerusi rakaman tersebut, Min-hwan meminta seorang lelaki menempah bilik di sebuah rumah pelacuran.

Selepas namanya menjadi bualan hangat dan menerima banyak kecaman, Min-hwan membuat keputusan untuk berehat daripada terlibat dalam aktiviti seni serta-merta.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok