‘Be smart, nanti orang buka aib kau baru tahu’

PELAKON dan usahawan, Lana Nodin menyarankan agar Nur Fazura tidak membuka aib bekas suaminya kepada khalayak.

Menerusi komen yang ditinggalkan Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin, 44, pada satu hantaran akaun Instagram rasmi sebuah program hiburan, dia menyelar tindakan Fazura membuka aib Fattah.

” Jika kau cukup matang lebih baik kau tutup mulut daripada membuka aib bapa kepada anak kau sendiri.

Nanti bila budak tu dah besar dia tengok buat malu sahaja. Kata nak berpisah cara baik tapi kenapa nak kena buat penjelasan dan buka aib. Nanti bila orang buka aib kau baru kau tahu,” tulisnya.

Tambah pelakon filem Biasan itu lagi, Fazura seharusnya bersikap lebih matang dan teruskan kehidupan seperti biasa.

Jadi matang dan diam. ‘move on’. Allah sahaja tahu kalau kau sedih.

“Tetapi bila kau buat keputusan untuk buka cerita kepada seluruh dunia, mungkin kau bukanlah mangsa. Be smart la,” tulisnya.

TANGKAP layar komen ditinggalkan Lana Nordin yang meminta Fazura berhenti mengaibkan bekas suami.

Ramai netizen dilihat menyokong apa yang dilontarkan oleh Lana mengenai kemelut rumah tangga Fazura dan Fattah.

Lana dan Fazura sebelum ini pernah sama-sama terlibat dalam drama bersiri Gol & Gincu sekitar 2007.

Sebelum Lana, seorang lagi aktres iaitu Salina Saibi dilihat meminta agar Fazura diam daripada terus membuka aib bekas suaminya.

Terdahulu, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41 sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya Abdul Fattah Mohd Amin, 34 semalam di Mahkamah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok