BCL, Yuna kembalikan ‘vibe’ 1990-an

BUNYI yang segar! Sepertinya itu yang dirasai ramai apabila mendengar lagu Watak Utama nyanyian Bunga Citra Lestari (BCL) dan Yuna.

Baru sahaja dilancarkan bulan lalu, Watak Utama sudah membanjiri media sosial yang rata-rata netizen menggunakan lagu tersebut sebagai muzik latar untuk pelbagai jenis video.

Kebanyakan netizen memuji kualiti lagu tersebut yang dirasakan memberi ‘vibe’ segar dan suntikan muzik tahun 1990-an.

“Melekat terus lagu ini dalam kepala. Tolong hasilkan lebih banyak muzik sebegini.
“Sekurang-kurangnya lari daripada muzik balada meleret-leret. Tolong beri lebih banyak lagu daripada Yuna dan BCL! – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok