Baru cerai, Fazura, Fattah bakal lancar lagu Bertahan Demi Cinta

MESKIPUN kes perceraian masih lagi menjadi perdebatan hangat umum, bekas pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin dilaporkan bakal melancarkan lagu duet berjudul Bertahan Demi Cinta.

Perkara tersebut dimuat naik dalam Instagram syarikat rakaman Indonesia, Hits Records yang turut memaklumkan single tersebut bakal dilancarkan pada 10 Oktober ini di semua platform.

Difahamkan, lagu sentuhan penyanyi Ippo Hafiz itu sudah lama dihasilkan kedua-dua artis terbabit iaitu ketika mereka masih lagi bersama.

Rata-rata netizen menganggap pelancaran lagu itu tidak bersesuaian dengan keadaan semasa Fazura dan Fattah.

Lewat sangat dilancarkan, tak bertahan sudah. Doa yang baik-baik untuk kedua-duanya,” kata pengikut.

“Buat pengumuman pelancaran hari ini pula, memang tak kena langsung,” ujar netizen.

Semalam, Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari selepas tujuh tahun hidup sebagai suami kepada Fazura.

Sebelum ini, status rumah tangga pasangan itu sering menjadi sorotan selepas timbul dakwaan wujudnya kehadiran orang ketiga.

Fazura dan Fattah yang berkahwin pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4. – HIGBLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok