Bahana mabuk, Suga didenda RM47,000

MAHKAMAH memerintahkan anggota kumpulan BTS, Suga membayar denda sebanyak 15 juta won bersamaan RM47,000 atas tuduhan menunggang skuter elektrik bawah pengaruh alkohol.

Jumlah denda yang dikenakan sepadan dengan permintaan awal pihak pendakwaan yang difailkan pada 11 September lalu.

Jika pemilik nama asal Min Yoon-gi menolak untuk membayar denda, dia boleh memfailkan perbicaraan penuh dalam tempoh tujuh hari selepas keputusan mahkamah.

Sebelum ini, Suga ditahan pihak berkuasa selepas didapati terjatuh daripada skuter elektrik ketika di bawah pengaruh alkohol berhampiran kawasan kediamannya di daerah Yongsan.

Pelantun lagu Fire itu kemudian dibebaskan dengan pengawasan polis dan dikenakan denda serta lesen memandunya dibatalkan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok